MENGAPA KURSUS KAHWIN PENTING ?









Hi guyss! Harini admin nak cerita tentang mengapa perlunya kursus kahwin? Haaaaa... Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.


Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan ni WAJIB diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi nak tak nak, korang kena juga menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh Adiambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna korang tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.




Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.


Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana korang akan didedahkan mengenai tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” balik la tentang apa yang korang dah pernah belajar time sekolah menengah dulu. Alaaa, yang subjek agama tu. Selain itu, korang juga akan diberi pencerahan tentang prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.





Perkahwinan ni bukanlah satu perkara yang mudah dan bukan perkara main-main. Pelbagai prosedur yang perlu kita semua ikuti dan fahami sebelum menjadi suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.




Bak kata sesetengah orang, kahwin bukan untuk sedap je bohh! Hahaha. Sebab tu lah jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami dan isteri biar mereka cakna dan tahu tanggungjawab sebenar selepas berumahtangga.
Kursus kahwin ni taklah sebosan yang difikirkan segelintir orang.




Penceramah-penceramah yang dijemput semuanya berpengalaman dalam mencuit hati dan mencuri perhatian korang supaya korang takkan mengantuk sepanjang kursus so don't worry okay?


Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai.




Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.





Kalau korang ingin berumahtangga, atau sekiranya korang ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri korang secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab korang tetap perlu manjalaninya melainkan kalau korang berniat nak membujang sampai ke tua.

Post a Comment

0 Comments

Heartless Background